Monday, 2 June 2014

Danish mahu Farhan kahwin balik dengan Abby

Walaupun ibu dan ayah tirinya kini bergelut untuk satu prosiding perceraian yang akan ditetapkan semula pada 11 Jun nanti, namun bagi Mohamad Danish Hakim, dia masih lagi mahu merasai kasih sayang ayah tirinya itu, Farhan aka Abi.

Bagi Danish, dia ingin Farhan dan Abby mahu bersama-sama lagi seperti satu keluarga bahagia yang dulu. Ini dibuktikan lagi dengan sebuah klip video (sudah dipadam) di Instagram Abby dimana Danish menasihati ayah tirinya itu. Ini adalah kata-kata dari video berkenaan.
“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi?”,

No comments:

Post a Comment