Thursday, 12 June 2014

Erin Malek akan bertunang pada...

Erin Malek mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya iaitu Farriz Fauzy pada 21 Jun ini. Majlis itu diadakan bagi menghormati permintaan ibu bapanya yang mahu bertunang sebelum berkahwin memandangkan dia adalah anak pertama dalam keluarga.
"Benar saya akan bertunang pada 21 Jun ini tetapi ia hanya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat, teman dan wakil media sahaja,"
Dalam pada itu, Erin berkata, pada majlis itu nanti dia akan memberitahu semua butiran tentang perkahwinannya termasuk tarikh nikah dengan lelaki tersebut kepada pihak media.
"Masa majlis itu nanti tanyalah apa sahaja mengenai perancangan perkahwinan saya akan beritahu semua,"
Persiapan untuk majlis pertunangan tersebut sedang dijalankan dan memberitahu ibunya adalah orang paling teruja apabila dia memberitahu ingin bertunang.

Jelas Erin lagi, ibunya juga orang yang paling sibuk membuat persiapan memandangkan dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka. -mStar

No comments:

Post a Comment