Tuesday, 10 June 2014

Izreen Azminda, Riza sah cerai talak satu

Memetik laporan BHarian semalam, Izreen Azminda kini sah bercerai dengan talak satu oleh bekas suaminya, Muhammad Riza dimana prosiding berkenaan dilakukan dekat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan tiada kehadiran media yang hadir ketika itu. Izreen yang dihubungi menjelaskan dia tidak menuntut sebarang tuntutan daripada bekas suaminya itu termasuk penjagaan anak, Adrian Umar, 10 bulan.
“Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya,"

“Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

“Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” -Izreen

No comments:

Post a Comment