Monday, 23 June 2014

Nadia Shahrul, Sammy Simorangkir belum bersedia untuk kahwin!

Agak pelik kenapa personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar yang memilih penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir sebagai teman kekasihnya, mungkin sebab alasannya iaitu jodoh.

Sammy Simorangkir difahamkan bukan beragama Islam, dan disebabkan itulah Nadia dan Sammy belum bersedia ke gerabang perkahwinan.

Menurut portal mStar, Nadia tidak mahu memaksa Sammy memeluk agama Islam, namun biarlah dari lubuh hatinya yang ikhlas.
"Setakat ini kami masih belum berbincang secara mendalam untuk membawa hubungan ke tahap seterusnya (perkahwinan) kerana soal perbezaan agama di antara kami yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami mengharapkan yang terbaik dan soal lambat atau cepat biarlah masa dan jodoh menentukan,"

"Hubungan kami setakat ini baik-baik sahaja cuma biasalah setiap pasangan berhadapan dengan beberapa masalah dan soal agama menjadi dugaan buat kami.

"Saya sendiri pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini jadi saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan yang mungkin akan dikesali suatu hari nanti,"
Ada beberapa komentar daripada user yang sangat bernas dan rasanya ada juga tepatnya.

No comments:

Post a Comment