Thursday, 5 June 2014

Diana Danielle nak anak ke-2 tahun 2016 sebab...

Beginilah dunia artis, kadang kala terpaksa ikut etika kontrak jika tidak, rezeki atau punca rezeki akan dikhuatiri hilang. Diana Danille akui dalam perancangan untuk memiliki anak ke-2 pada tahun 2016 yakni 2 tahun lagi disebabkan menjaga anak sulungnya, Muhammad yang kini sudah setahun usianya selain menjadi duta beberapa buah produk.
"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," -Diana. petikan mStar

No comments:

Post a Comment