Monday, 2 June 2014

Erin Malek pakai pakaian murah, RM250 je..

Erin Malek yang hadir ketika satu majlis pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? telah memakai pakaian dengan skirt sederhana pendek beserta rantai. Semua set pakaiannya itu berjenama Dorothy Perkins.

Memang agak cantik dan anggun jika melihat Erin Malek. Namun ada cerita yang terselit mengenai pakaiannya itu.
"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.

"Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.

"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," -Erin Malek. petikan mStar
Biasalah standard artis kalau baju harga ratus-ratus tu dianggap murah. Keke

No comments:

Post a Comment