Tuesday 1 April 2014

Polis sedia jaga Hanez Suraya!

Kontroversi Hanez Suraya dengan suami orang masih lagi hangat diperkatakan, pun begitu ianya tidak menjejaskan sedikt banyak kerjayanya sebagai anak seni, tapi mungkin sahaja kekurangan peminat.

Memetik laporan mStar semalam, Hanez yang dijadualkan akan berlakon untuk pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya akan di 'jaga' oleh polis berpakaian biasa.

Ini disahkan lagi oleh pihak Istana Budaya, sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan Hanez menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap kontroversi yang melanda dirinya.

Teater Projek Kahwin akan berlangsung pada 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.

No comments:

Post a Comment