Tuesday 8 April 2014

Pegawai JAIS dakwa nampak Shahrizal pakai boxer

Kes khalwat yang melibatkan pelakon Shahrizal Jaszle dengan kakitangan Bank, Farah Nurizzati Salleh disebut semula semalam, memetik portal mStar, Shahrizal ketika serbuan oleh piahk JAIS, dia dikatakan hanya memakai 'boxer' pada 16 Mei tahun lalu.

Tambahan lagi, ketika serbuan, keatas bilik ke-2 rumah berkenaan, ianya didapati terkunci dan hanya 5 minit selepas itu barulah dibuka setelah diketuk berulang kali.
"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," Mohd Radzi (pegawai JAIS)
Mohd Radzi memberitahu mahkamah yang Shahrizal juga mengakui wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

Dakwaan Shahrizal sebelum ini ianya sebuah perangkap, ya ker??

No comments:

Post a Comment