Tuesday 29 April 2014

filem Apokalips X dan Zombi Kilang Biskut, Gagal! Kutip hanya....

Malang tak berbau bagi pengarah terkenal yang sebelum ini mengaut keuntungan berjuta-juta hasil filem seram komedi, Zombi Kampung Pisang, Kak Limah Balik Kampung dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, apabila filem terkini arahannya, Apokalips X mendapat kutipan sebanyak RM250,000 lebih menurut rekod FINAS pada 24 April lalu.

Kos pembuatan filem itu sahaja dah mencecah RM1.5 juta. Manakala Zombi Kilang Biskut pula hanya mendapat kutipan RM1.5 juta. Mamat yang ditemui wartawan menganggap dirinya tidak kecewa tetapi menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak mengikut kemahuan penonton tempatan.
"Saya tidak kecewa mahupun menyalahkan penonton kerana tidak menyaksikan Apokalips X. Sebaliknya saya menganggap diri saya sendiri yang salah kerana tidak cuba faham kehendak penonton,

"Apa-apa pun saya masih tidak mengalah dan akan terus menghasilkan prekual filem ini. Kali ini saya akan memastikan agar ia lebih serasi dengan jiwa penonton sekarang.

"Bagi saya kegagalan tiada kutipan tidak pernah pudarkan semangat saya untuk terus berkarya," -Mamat. petikan mStar.

No comments:

Post a Comment