Sunday 13 April 2014

Scha, Awal menangis merasa pergerakan kandungan

Memetik laporan MalaysianDigest, kandungan Scha al Yahya yang kini mencecah 6 bulan mengakui dia pernah membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahui jantina anaknyam namun belum dapat disahkan lagi oleh doktor.

Mengikut informasi lagi, Scha dijangka bersalin di Hospital Prince Court, Ampang dan akan berpantang di rumah ibunya di Damansara.
"Dan dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki. Saya tak buat apa-apa persiapan pun, cuma baru beli stroller. Kami juga suda ada beberapa nama. Saya lebih suka nama klasik macam Amina, Naema,, Ibraim, Muzaffar. Awal pula suka nama-nama moden"

"Walaupun Awal sibuk dengan kerja dia, dia tetap ada masa layan kerena saya. Satu lagi, saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap. Contoh dia sapa, "assalamualaikum, hari ni buat apa?".

"Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia terkejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab momen tu sangat menyentuh hati kami", -Scha al Yahya

No comments:

Post a Comment