Memetik portal mStar semalam, penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias tela menasihati selebriti yang memakai tudung atau berhijrah ke arah itu adalah diwajarkan untuk mendalami ilmu agama Islam yang secukupnya.
Namun tidak menyalahkan niat dan tindakan selebriti yang mahu berubah ke arah itu, Ustaz Kazim juga menyokong penuh bila selebriti kita bertudung tapi tidak mahu mereka menjadi ustazah/pemceramah 'express'.
"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.
"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,"
"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.
"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," -Ustaz Kazim
No comments:
Post a Comment