Tuesday, 15 July 2014

Rumahtangga Adi Putra, Aida bergolak? tidak tinggal sebumbung?

Ada gosip terbaru yang melanda rumahtangga suami isteri diantara pelakon, Adi Putra dengan Aida Yusof. Hubungan mereka dikatakan goyah dan tidak tinggal sebumbung lagi menurut sebuah akhbar mingguan pada hari Ahad lalu.

Namun Aida yang memetik portal mStar memberitahu ianya hanya gosip liar yang membuatkan hubungannya dengan Adi semakin bertambah baik dan bahagia.
"Saya ada baca gosip tersebut dan ia mengarut sama sekali. Kami masih tinggal sebumbung dan Alhamdulillah kami masih lagi bahagia. Ini pun, saya baru lepas hantar Adi ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) untuk dia menunaikan umrah di Mekah.

"Pelik rasanya apabila ada pihak yang menyebarkan gosip itu lebih tahu masalah rumah tangga kami berbanding kami sendiri, Saya dah lali dengan macam-macam gosip tentang suami saya. Dan sekarang ini isu kami tidak tinggal sebumbung pula.

"Bersempena dengan bulan Ramadan ini saya tidak mahu mencari musuh dan sedia memaafkan individu yang menyampaikan fitnah tentang kami. Saya juga anggap ia sebahagian dugaan dalam rumah tangga kami. Syukur Alhamdulillah, hubungan kami semakin kuat," -Aida

No comments:

Post a Comment