Thursday, 24 July 2014

Che Ta, Zain Saidin sudah siap 10 baju Raya!

Hari Raya bakal tiba, bagi selebriti suami isteri, Rozira Che Wan aka Che Ta dengan Zain Saidin, pastinya mereka sudah tidak sabar untuk beraya bersama pertama kali di Hari Raya, terutama Che Ta yang hamil 6 bulan ketika ini.

Dengarnya, Che Ta sudah membuat persiapan dimana dia telah menyediakan 10 pasang baju dia dengan Zain untuk kegunaan Raya nanti.
“Segala persiapan Raya sudah selesai. Saya menyediakan 10 pasang baju Raya yang terdiri daripada warna hijau pucuk pisang, biru dan banyak lagi. Saya juga menyediakan 10 pasang baju Raya untuk Zain untuk dipadankan dengan saya nanti.

Untuk anak-anak pula, saya sediakan sebanyak tiga pasang Baju Melayu yang selebihnya adalah baju-baju kasual biasa. Biasalah anak-anak remaja kini lebih selesa menggayakan baju kasual berbanding Baju Melayu. Selalunya Baju Melayu hanya dipakai pada Hari Raya pertama dan kedua sahaja,”

“Tahun ini berbeza kerana saya bakal beraya di rumah mak mertua pada hari raya pertama. Malah, Zain turut meminta saya untuk memasak lontong sempena Raya nanti. Walaupun mudah dan ringkas, namun sambal itu memainkan peranan penting untuk menjadikannya sedap.

Kami sekeluarga akan pulang ke Kedah untuk sambung beraya di kampung saya pula sehingga raya kelima. Raya keenam Zain sudah kembali bekerja dengan menjalani penggambaran untuk telemovie Oh My English,” -Che Ta petikan portal GUA

No comments:

Post a Comment