Mungkin korang akan menilai Fahrin adalah seorang yang pentingkan kerjaya berbanding dunia cintanya. Ye la, nak lihat Fahrin mempunyai teman wanita, rasanya masing asing lagi buat kita.
Ini diakui lagi oleh Fahrin sendiri melalui kenyataannya di sisipan Bharian Ahad lalu. Dimana kerjayanya sebagai pengacara/host TV telah membuatkan kesibukan buat dirinya.
Di dalam dunia bola sepak, Fahrin kini lebih aktif memawancarakan sebuah rancangan berkaitan dengannya, sebagai pengulas. Piala Dunia 2014 Brazil yang lalu adalah ujian pertama temasya terbesar buat Fahrin di dalam dunia host sukan.
Mungkin selepas ini muncul untuk menjadi pengulas edisi Piala Malaysia 2014 di RTM. Mungkin minatnya terhadap bola sepak mendorong beliau terus menjadi pengacara yang disegani ramai.
Bahkan Fahrin mengakui yang dia memilih 'bola' daripada aktiviti sosial seperti dating dengan teman wanita jika dia bercinta.
Maka harus diingatkan, bakal kekasih/isteri nya nanti harus memahaminya kelak. Keke.
No comments:
Post a Comment