Thursday, 24 July 2014

Erra Fazira intim semula dengan Awie

Dengarnya Erra Fazira mula intim dengan Awie yang kini hot mengenai isterinya. Mereka intim bukanlah dalam hubungan cinta namun sebagai kerjaya profesional sebagai pelakon yang akan digandingkan bersama untuk filem Warna Cinta Impian.

Erra enggan menerima hakikat sekiranya ada pihak cuba mengosipkan hal ini lebih daripada batas-batasnya.

Teaterikal Suara Kita
“Janganlah gosipkan semula. Melihatkan kepada faktor usia, yang lepas biarlah lepas. Saya ada kehidupan saya sendiri, begitu juga dengan Awie. Jika penonton di luar sana rindu untuk melihat gandingan kami di layar perak, kami juga rindu untuk beraksi bersama bagi memberikan lakonan terbaik untuk semua peminat di luar sana. Jika orang ingin mengimbas kenangan lalu, bagi saya tidak mengapa, tetapi jika ada yang mahu perkara itu diteruskan, janganlah begitu,”

“Saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini kerana kami sudah lama tak berganding dalam filem. Selain itu, karakter yang ditawarkan juga menarik. Filem ini juga berkisar tentang kisah cinta dan jarang tema percintaan diketengahkan oleh pembikin filem pada masa sekarang. Itu juga menjadi salah satu faktor untuk saya bersetuju berlakon dalam filem ini,” -Erra petikan portal GUA

No comments:

Post a Comment