Namun itu lah ketegasan sebenar yang dipamerkan Amy sebagai tanda kecewa dengan sikap Nabila yang kini sukar dikawal lagi.
“Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”.
“Saya agak fep up juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.
Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.
Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.” -Amy Search
“Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat. Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.
aya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat. Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.
Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa. " -Nourish isteri Amy Search
No comments:
Post a Comment