Wednesday, 21 May 2014

Saya dan Izreen Azminda masih belum bercerai - RIza

Heboh semalam apabila sebuah berita memberitahu yang pelakon Izreen Azminda dan suaminya Muhamad Riza bercerai. Berita yang tidak tahu dari mana pokok akarnya itu membuatkan Riza berasa terkejut.

Menurut laporan mStar, Riza yang bekerja sebagai jurukamera bebas menafikan melakukan perceraian itu di set pengambaran sambil berlakunya sedikit pertengkaran sebaliknya mahu menemui aka mengubat rindu untuk bertemu dengan anaknya, Adrian pada 16 Mei lalu.

Namun bagi Riza dia ada memnfailkan penceraian pada 14 Mei lalu dengan menunggu keputusan mahkamah.
"Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

"Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar,

"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," -Riza

No comments:

Post a Comment