Sunday, 25 May 2014

Pekin, Uqasha masih lagi bertunang

Umum mengetahui yang Uqasha Senrose yang kini tunang kepada Pekin Ibrahim masih lagi menjadi tanda tanya samada pertunangan mereka putus atau tidak oleh sesetengah peminat selebriti tempatan.

Pekin yang memetik portal mStar semalam, kenyataan Uqasha berkaitan putusnya hubungan mereka beberapa minggu lalu dianggap sebagai emosional, dan mereka kini mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan mereka kini masih lagi berstatus tunang.

Sebenarnya mereka merancang untuk mengikat tali ikatan pernikahan pada 25 Oktober tahun ini.
"Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian.

"Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini,"

"Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti," -Pekin

No comments:

Post a Comment