Bagi Zizan, ABPBH kali ini bukan rezeki buat dirinya, dan hanya ikhlas atas keputusan kali ini. Baguslah macam itu, Zizan pun baik orangnya, memberi peluang kepada yang lain merasa kemenangan ABPBH sama dengan Siti Nurhaliza yang mahu memberikan ruang kepada orang lain.
Ada sesetengah selebriti tu, setiap tahun dia je menang, tak nak bagi peluang dengan orang lain untuk mengundur diri (cer teka).
“Bagi saya ini bergantung pada rezeki Allah dan juga usaha pengundi. Ini bukan pertandingan di mana kemenangan terletak pada calon itu sendiri, sebaliknya pengundi yang membuat keputusan selain Allah yang menentukan,” ujar Zizan.
“Saya tak ada masalah dengan perkara ini dan saya berbangga masih tercalon di ABPBH. Walaupun tak menang, sekurang-kurangnya masih ada nama saya di senarai pencalonan. Saya redha dan percaya apa yang berlaku ada alasan dan hikmahnya,”
“Saya tak rasa saya terlibat dengan sebarang kontroversi yang teruk. Jika benar saya ada kontroversi, dari saat pencalonan awal, saya sudah tidak tercalon. Kelab peminat saya, ZTF, pun tidak akan berada di belakang saya jika saya ada kontroversi. Tapi sebaliknya, ZTF sangat kuat dalam menyokong kerjaya saya. Apa pun semuanya terletak pada rezeki,” jelas Zizan. Petikan portal myartis.com
No comments:
Post a Comment