Thursday, 29 May 2014

Demi 50,000 fan, Zila sanggup berseksi di ABPBH 2013

Dalam banyak pakaian dan fesyen di ABPBH 2013 yang lalu, pakaian Zila Bakarin juga yang menjadi perhatian orang ramai, apa tidaknya sampai terbelah panjang kat bahagian skirt depannya.

Jom kita lihat beberapa komen yang ditanyakan oleh wartawatan HarianMetro kepada Zila mengenai pakaiannya itu.

RAP: Adakah anda menyalahkan sesiapa termasuk pereka busana itu atas kontroversi yang timbul?

ZILA: Tidak, ia bukan salah Syafiq Aiman selaku pereka-nya. Saya sebenarnya berpuas hati dengan rekaan itu dan ia memang menepati cita rasa saya dan majlis yang dihadiri. Saya juga berbincang de-ngan Syafiq dari segi rekaan dan potongannya, sekali gus inspirasi daripada busana yang pernah digayakan bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez di acara permaidani me-rah. Saya juga yang meminta pereka supaya buat belahan yang menampakkan paha itu supaya senang untuk berjalan ke pentas.

RAP: Bagaimana anda berdepan dengan kritikan peminat di laman sosial?

ZILA: Pada mulanya, saya takut untuk meletakkan gambar busana yang dipakai pada malam kemuncak itu di Instagram. Namun, ternyata pengikut saya sangat ‘sporting’ dan menyokong penampilan saya itu kerana ia nampak cantik dan sesuai dengan imej saya. Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi saya sangat menjaga hati 50,000 penyokong dan peminat saya di Instagram yang sentiasa menyokong karier saya sejak dulu.

RAP: Bagaimana pula komen suami dan anggota ke-luarga lain?

ZILA: Apabila busana itu siap saya juga menggayakannya depan suami dan anggota ke-luarga lain pada sesi ‘fitting’. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan. Pada mulanya, busana itu lebih seksi dan terbelah hingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.

RAP: Segelintir pihak meng-anggap anda tidak menghormati tragedi MH370 yang turut menjadi latar acara kemuncak pada malam itu?

ZILA: Sebagai artis, saya pun ada cara tersendiri untuk menghormati tragedi MH370. Memang ada wakil daripada penganjur yang meminta saya menutup bahu dengan selendang hitam ketika di belakang pentas tetapi saya menolaknya kerana tidak sesuai untuk penampilan. Saya cuma menutup dada dengan mengenakan aksesori di leher pada malam itu. Saya tetap pertahankan busana yang digayakan kerana ia majlis ABPBH yang penuh glamor. Saya adalah golongan selebriti.

No comments:

Post a Comment