Monday, 7 April 2014

Kekasih Eina Azman orang Singh! cinta dengan tunang orang?

Lagi kes mengenai hubungan dengan 'hak milik' orang, terbaru dikaitkan dengan pelakon Eina Azman yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang masih tunangan orang.

Eina enggan mengulas, namun meminta media terus bertanya kan kepada kekasihnya itu, Dato' GMix atau nama betulnya, Dato’ Paduka Gurmeet Singh. Bahkan akui Dato' GMix, dia masih dalam agama lamanya dan penemuan dengan Eina membolehkan dia mendekati Islam.
“Saya memang pernah bertunang sebelum ini pada 10 November 2012. Kami mengikat tali pertunangan selama enam bulan. Tapi dalam tempoh bertunang tersebut, bekas tunang saya masih mengamalkan cara hidup yang lama dan tidak pernah berubah. Selepas enam bulan keluarganya meminta keluarga saya bertemu dengan mereka untuk membincangkan hal perkahwinan.

Mereka beri tempoh satu bulan atau pertunangan tersebut putus. Dalam tempoh itu, saya tak pernah bawa keluarga saya berjumpa mereka dan saya anggap hubungan saya dan bekas tunang saya sudah berakhir. Saya tak faham kenapa orang suka buat cerita yang mereka tak tahu kebenarannya,”

“Saya dah enam bulan bersama Eina dan saya juga pernah beritahu bekas tunang saya bahawa saya sekarang memiliki teman wanita. Malah dia sendiri pernah berbual dengan Eina,”

“Sepanjang saya bersama dia, saya bukan orang Islam dan saya masih belum memeluk agama itu. Tapi setelah mengenali Eina, saya lebih tertarik untuk belajar tentang Islam dan saya ada perancangan ke arah itu,”

“Saya kenal Eina dah lama kerana saya kenal rapat dengan abangnya. Setelah kontroversinya dengan bekas kekasihnya, saya nampak Eina banyak berubah menjadi semakin baik dan matang. Yang penting, Eina tidak merokok dan tidak mengamalkan cara hidup liar,” - Dato' GMix petikan portal GUA

No comments:

Post a Comment