Tuesday, 15 April 2014

Hanez Suraya yang minta undur diri jadi duta Aura White

Sebenarnya isu Hanez Suraya dengan produk kecantikan Aura White bukanlah satu yang diduga dimana dia telah dipecat aka digugurkan menjadi duta.

Ianya adalah gosip yang direka-reka oleh sesetengah pihak bagi menhentam Hanez bersempena kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Menurut portal mStar, pihak Aura White mengakui ianya adalah permintaan dari Hanez sendiri dimana dia memohon untuk menghabiskan sisa baki kontrak selama 6 bulan sejak bulan Disember 2013 dan enggan untuk 'renew'.

Bahkan jualan produk mereka lebih laris setelah kontroversi itu melanda bukan sebaliknya, jatuh merundum.

Pelakon, Amyra Rosli bakal mengantikan Hanez Suraya.
"Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.

"Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin," staf Aura White, Nurul.


No comments:

Post a Comment